use left or right arrow keys to navigate the tab,
Page First page Last page More pages Next page Previous page
Press Enter or Space to expand or collapse and use down arrow to navigate to the tab content
Click to read more about this recipe
Includes
Your webbrowser is outdated and no longer supported by Microsoft Windows. Please update to a newer browser by downloading one of these free alternatives.

Notis Privasi

Terakhir Dikemas Kini: 01.08.2019

Upfield merupakan peneraju global dalam pemakanan berasaskan tumbuhan dengan sejarah dan portfolio jenama termasuk Flora, Rama, Becel, Blue Band, Country Crock, I Can't Believe it's not Butter dan ProActiv. 

Kami tahu bahawa anda mengambil berat tentang data peribadi anda dan cara ia digunakan, dan kami mahu anda mempercayai bahawa Upfield menggunakan data peribadi anda dengan berhati-hati. Notis Privasi ini akan membantu anda memahami data peribadi yang kami kumpul, mengapa kami mengumpulnya dan bagaimana kami menggunakannya.

Semasa anda membaca Notis Privasi, sila ingat bahawa notis ini  terpakai kepada Upfield B.V. dan semua syarikat Kumpulan Upfield ("Upfield"). 

Upfield Europe B.V. merupakan pengawal data bagi data peribadi yang kami kumpul pada laman web www.upfield.com.  Upfield Europe B.V. atau entiti Upfield tempatan akan menjadi pengawal data bagi data peribadi yang kami kumpul pada laman web khusus jenama tempatan (sebagai contoh, https://www.flora.com/ atau https://www.fruitdor.fr/).  

Sila ambil sedikit masa untuk membiasakan diri anda dengan amalan privasi kami dan beritahu kami jika anda mempunyai sebarang soalan dengan menghantar e-mel atau menghantar permintaan melalui borang "Hubungi Kami" di laman web kami.

Sekiranya anda mahu mengetahui tentang Maklumat Peribadi / Data anda yang dipegang oleh Upfield, sila serahkan permintaan di sini.

Sekiranya anda mahu Upfield memadam kesemua Maklumat Peribadi / Data tentang anda yang mungkin kami pegang, sila serahkan permintaan di sini.

Notis Privasi ini terpakai pada data peribadi yang dikumpulkan oleh Upfield berhubung dengan produk yang kami tawarkan dan penggunaan laman web ini.